Apa itu halal4pharma.com? Ianya adalah platform perkongsian ilmu supaya anda dapat memahami dengan lebih baik tentang farmaseutikal halal, mengapa ia penting kepada orang Islam dan mengapa ia sesuai untuk semua orang.
Angka 4 mewakili empat ciri farmaseutikal halal, iaitu “Selamat”, “Berkesan”, “Berkualiti Tinggi” dan “Bersih”.
Duopharma Biotech menguasakan halal4pharma.com dengan memaparkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan daripada pelbagai pakar sepanjang 20 tahun syarikat menerajui perjalanan farmaseutikal halal. Ia adalah platform kepimpinan fikiran dan ruang untuk berkongsi idea Pemimpin Pendapat Utama berkenaan farmaseutikal halal.
Jika anda tidak menemui apa yang anda cari, sila hubungi kami secara bertulis, dan kami akan mencuba sedaya upaya untuk menjawab soalan anda. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri farmaseutikal halal, yakinlah anda akan mendapat jawapan sebaik mungkin daripada kami dan pakar kami.
Nabi Muhammad (s.a.w.) bersabda:
“Carilah ilmu dan sampaikannya kepada orang lain” – (Sunan Tirmidzi, Hadis 107)
Selamat melayari laman web kami!