Home About Us Duopharma Biotech

Duopharma Biotech

Duopharma Biotech

Menerajui pembangunan dan penghasilan
Produk Farmaseutikal

Duopharma Biotech adalah sebuah syarikat farmaseutikal Malaysia yang terlibat dalam pembangunan, pembuatan dan pemasaran ubat-ubatan generik dan produk penjagaan kesihatan di bawah jenama Flavettes, Proviton, Champs, Naturalle dan banyak lagi.

Duopharma Biotech juga adalah peneraju dalam pengeluaran produk farmaseutikal halal dan menerapkan amalan “Halal Built-in” untuk memastikan sumber ramuan, aktiviti pembangunan dan kemudahan pembuatan produk mematuhi keperluan halal malah dijamin halal oleh JAKIM. Oleh yang demikian, pengguna akan merasa yakin produk-produk keluaran Duopharma Biotech adalah selamat, berkesan, berkualiti, dan bersih lagi suci.

Komitmen tidak berbelah bahagi dalam menghasilkan produk farmaseutikal bermutu tinggi membolehkan Duopharma Biotech merangkul Anugerah Syarikat Farmaseutikal Halal Terbaik di Majlis Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia pada tahun 2017, 2018 dan 2019.

Agenda Farmaseutikal Halal Duopharma Biotech merangkumi pelbagai inisiatif termasuk kepimpinan berpengetahuan tinggi, pemerkasaan sumber dan keupayaan rantaian nilai; penyelidikan, pembangunan, pembuatan produk yang memenuhi keperluan pensijilan halal serta perkembangan pasaran farmaseutikal ke luar negara. Sehubungan dengan itu, satu Jawatankuasa Halal telah ditubuhkan di peringkat Lembaga Pengarah Duopharma Biotech bertanggungjawab untuk mengawal selia keseluruh tadbir urus Agenda Farmaseutikal Halal syarikat.

Halal mencerminkan nilai agama dan integriti sejagat. Nilai-nilai murni tersebut juga diterap dalam pengurusan laporan kewangan, audit dalaman dan luaran, tadbir urus, penghapusan rasuah dan pengurusan risiko dalam memastikan kelestarian syarikat Duopharma Biotech sentiasa utuh.

“Halal adalah baik untuk semua dan tidak terhad kepada umat Islam sahaja malah penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap halal kian meningkat kerana nilai-nilai murni halal itu sendiri yang sangat menitikberatkan tentang etika, tanggungjawab sosial, ketelusan tadbir urus, keadilan ekonomi dan sosial, kebajikan persekitaran dan pelaburan beretika – secara ringkasnya, halal adalah amalan murni yang lebih daripada tuntutan agama.” ”
Leonard Ariff Abdul Shatar,
Pengarah Urusan Kumpulan, Duopharma Biotech