Home About Us Kualiti untuk Semua

Kualiti untuk Semua

Kualiti untuk Semua

Perintis Produk-Produk Farmaseutikal Halal

Sebagai pengeluar produk-produk farmaseutikal halal yang pertama di dunia, Duopharma Biotech memainkan peranan sebagai perintis dalam bidang kajian dan pembangunan. Pada tahun 1996, Duopharma Biotech mempunyai visi untuk mengeluarkan produk-produk farmaseutikal – merujuk kepada ubat-ubatan generik yang mempunyai kesan farmakologi yang sama dengan yang berjenama– pada harga mampu milik rakyat Malaysia.

Didokong oleh pasukan kajian teknikal yang terdiri daripada calon-calon PhD warganegara Malaysia yang menuntut di luar negara dalam bidang Farmasi, Duopharma Biotech mengorak langkah dalam bidang farmaseutikal halal yang menjadi penanda aras kecemerlangan pada masa kini.

Komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam mencipta produk-produk farmaseutikal bermutu tinggi membolehkan Duopharma Biotech merangkul Anugerah Syarikat Farmaseutikal Halal Terbaik di Majlis Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia.

“Visi pada tahun 1996 adalah sangat mudah: kami ingin mengeluarkan produk-produk farmaseutikal berkualiti untuk rakyat Malaysia. Pada waktu itu, farmaseutikal halal bukan keutamaan. Setelah keadaan kerja-kerja pembangunan stabil, kami yakin bahawa kami telah melaksanakan kerja-kerja yang berkualiti. Kami telah menyaring bahan-bahan mentah yang digunakan untuk memastikan ianya bermutu tinggi dan menepati piawaian antarabangsa. Ketika itulah kami membuat keputusan untuk meningkatkan kemampuan kami.”
Dr Leong Chuei Wei,
Perunding Kajian & Pembangunan, Duopharma Biotech