Bagaimana Farmaseutikal Halal Diaplikasikan?

Bagaimana Farmaseutikal Halal Diaplikasikan?

Duopharma Biotech melaksanakan amalan “Halal Terbina Dalam, Tanpa Ujian” sebagai sebahagian daripada amalan halal terbaik syarikat dalam pengeluaran produk farmaseutikal halal.

“Halal Terbina Dalam” bermaksud kemasukan prosedur dan kawalan halal ke dalam Amalan Pengilangan Baik syarikat; di setiap aspek aliran kerja termasuk strategi dan perancangan, penyelidikan dan pembangunan, perolehan bahan mentah, pembuatan, pergudangan, pengedaran dan penghantaran produk ke tempat penjualannya.

” Konsep “Halal Terbina Dalam, Tanpa Ujian” telah dimasukkan ke dalam aliran kerja Duopharma Biotech seperti yang ditunjukkan melalui Sistem Pengurusan Jaminan Halal kami.”

Leonard Ariff bin Abdul Shatar
Pengarah Urusan Kumpulan, Duopharma Biotech

Menerapkan Kawalan Halal di seluruh aliran kerja Duopharma Biotech
  • Posted by halal4admin
  • On April 16, 2015
  • 0 Comment
Tags: halal, related halal