Kumpulan Syarikat Duopharma Biotech Berhad (“Duopharma Biotech”) komited untuk menghasilkan produk-produk halal berkualiti tinggi untuk masyarakat disamping memberi nilai tambahan kepada pihak-pihak berkepentingan. Kami komited untuk:
- Menjunjung integriti secara menyeluruh untuk rantaian nilai halal kami melalui konsep “Halal Terbina Dalam, Tanpa Ujian”.
- Menjunjung pembangunan dan pembuatan produk-produk farmaseutikal halal dan alatan perubatan di dalam premis dengan mengekalkan piawaian yang tinggi terhadap keselamatan, keberkesanan, kualiti dan kebersihan.
- Memastikan pematuhan kepada keperluan halal semasa, piawaian ISO Sistem Pengurusan Kualiti (QMS), Garis Panduan Amalan Pengilangan dan Pengedaran dan juga keperluan-keperluan lain yang berkaitan dengan pembuatan, penyimpanan dan logistik farmaseutikal halal dan peranti perubatan menurut keperluan pihak berkuasa halal berwibawa dan pihak kawal selia berwibawa yang berkaitan.