Program Duopharma Biotech Halal Pharmapreneur (DBHP) telah diperkenalkan pada tahun 2017 yang bertujuan untuk melengkapkan ahli-ahli farmasi/ pemilik farmasi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkenaan dengan pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia, pemasaran dan juga kemahiran insaniah yang lain. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menyelaraskan perniagaan dengan prinsip/ amalan Syariah. Ahli-ahli farmasi ini juga dilengkapkan dengan pengetahuan mengenai halal dan farmaseutikal halal untuk diuar-uarkan serta membantu mereka untuk menjawab pertanyaan daripada pelanggan/pesakit sekitar mereka berkenaan status halal produk farmaseutikal.


Objektif-objektif program ini adalah untuk:
- Meningkatkan keupayaan usahawan dalam rantaian runcit farmaseutikal halal;
- Meningkatkan kebolehan dan pengetahuan dalam menguar-uarkan farmaseutikal halal;
- Menyampaikan maklumat yang tepat mendorong ke arah mempertingkatkan kualiti kehidupan.
Sehingga ke hari ini, penyertaan daripada farmasi komuniti adalah sebanyak 33 buah farmasi yang kesemuanya terletak di Semenanjung Malaysia seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang dan Melaka.
Dengan adanya kemudahan farmasi komuniti ini, diharapkan agar dapat memudahkan pelanggan/ pesakit yang mempunyai masalah dan pertanyaan mengenai ubat-ubatan, status halal ubat-ubatan dan produk penjagaan kesihatan, sekaligus dapat memberikan ketenangan minda dan keyakinan terhadap keselamatan, keberkesanan, kualiti dan kebersihan produk yang diambil oleh mereka.
Farmasi Komuniti Berorientasikan Halal Berdekatan Anda - DBHP
Anda boleh merujuk dengan farmasi komuniti terpilih berdekatan dengan anda untuk keterangan lanjut mengenai farmaseutikal halal.
Kawasan Utara
Kawasan Tengah
Kawasan Selatan
Kawasan Pantai Timur
Adakah Anda Pemilik Farmasi?
Duopharma Biotech Berhad akan menyimpan dan menggunakan maklumat data peribadi anda untuk tujuan termasuk tetapi tidak terhad kepada pentadbiran dan pemasaran. Kami boleh mendedahkan maklumat data peribadi anda kepada sekutu, kumpulan syarikat, pembekal perkhidmatan atau ejen bagi tujuan-tujuan tersebut. Dengan menghantar borang ini, anda telah membaca, memahami dan bersetuju dengan syarat dan terma notis privasi Duopharma Biotech Berhad.
Sila lihat Notis Maklumat & Data Peribadi kami yang diterbitkan di http://www.duopharmabiotech.com/ untuk maklumat lanjut berkaitan PDPA.
Makluman & Pilihan
Setiap ruangan bertanda * adalah wajib dan mesti dilengkapkan untuk kami memproses maklumat anda. Kegagalan memberikan maklumat ini boleh menjejaskan proses penghantaran dan pertanyaan anda mungkin ditolak.