Duopharma Biotech Komitmen Halal

Duopharma Botech adalah sebuah syarikat generik farmaseutikal terbesar di Malaysia. Pengeluaran produk kami meliputi supplemen kesihatan, ubat-ubatan yang boleh didapati di kaunter dan juga ubat-ubatan preskripsi.

Syarikat kami menghasilkan 300 jenis ubat-ubatan generik yang mematuhi keperluan Amalan Pengilangan Baik (GMP) yang telah diluluskan dan diperakui oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Malaysia.

Di samping perakuan GMP, 100% produk Duopharma Biotech yang dikilangkan di fasiliti Klang, Bangi, dan Glenmarie telah diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 1999.

Jenama-jenama syarikat kami terdiri daripada CHAMPS®, FLAVETTES®, PROVITON® dan Uphamol yang menjadi pilihan dan kegemaran pengguna.

Duopharma Biotech komited untuk terus menyumbang ke arah pembangunan, inovasi dan pengembangan industri farmaseutikal halal.

Ikuti kami di media sosial berikut