Garis Panduan dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Garis Panduan dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan garis panduan bertajuk “Panduan Penggunaan Ubat-ubatan Yang Mengandungi Unsur Tidak Halal” pada Jan-2018

Garis panduan ini disediakan bagi memberi panduan kepada anggota kesihatan yang terlibat dalam rawatan pesakit yang menggunakan ubat-ubatan mengandungi sumber-sumber yang tidak halal atau bertentangan dengan syariat Islam.

Garis panduan ini menerangkan tentang:

  • Penggunaan Sumber Haiwan Dan /Atau Alkohol Dalam Penghasilan Ubat
  • Keperluan Regulatori Dan Pengurusan Ubat-Ubatan
  • Tatacara Memulakan Rawatan Dengan Penggunaan Ubat-Ubatan Dari Sumber Yang Tidak Halal Atau Bertentangan Dengan Syariat Islam
  • Tanggungjawab Jabatan Farmasi di Fasiliti
  • Maklumat Yang Perlu Disampaikan Kepada Pesakit Sebelum Memulakan Rawatan

Garis panduan ini disediakan untuk memberi kefahaman dan penjelasan kepada golongan profesional kesihatan/perawat kesihatan dan sebagai rujukan kepada umat Islam mengenai aspek penggunaan ubat-ubatan mengikut hukum syarak, agar tidak timbul keraguan dan kekeliruan. Ianya dikeluarkan pada Julai 2018.

Sorotan Kandungan:

  1. Penyediaan Ubat-ubatan – MABIMS guidelines Garis Panduan Kawalan Ubat-ubat Dalam Islam, http://www.islam.gov.my/rujukan/garis-panduan/52-garis-panduan-bersama-kawalan-ubat-ubat-dalam-islam
  2. Penggunaan Ubat-ubatan – references to Fatwa
  3. Penggunaan Ubat-ubatan Sewaktu Berpuasa bagi Pesakit Muslim
  4. Adab dan Etika Perawat Kesihatan yang Mengendalikan Urusan Ubat & Amalan Perawat Kesihatan Muslim
  • Posted by halal4admin
  • On Mei 7, 2021
  • 0 Comment