Halal = Kualiti Diyakini
Halal =
Kualiti Diyakini
Naiktaraf Produk-Produk Farmaseutikal
Piawaian bagi pengeluaran produk-produk farmaseutikal adalah di antara yang tertinggi, dengan ketetapan garis panduan dan dokumentasi yang paling dikawal ketat kawalannya di dunia.
Kemunculan farmaseutikal halal mewujudkan satu era baharu untuk pengguna serta pengamal penjagaan kesihatan. Kriteria pensijilan halal yang ketat dan menyeluruh juga bertindak sebagai lapisan tambahan kepada jaminan kualiti sedia ada. Semua bahan mentah perlu disaring dan diuji, didokumen dan disahkan pada setiap langkah proses pembuatan.
Oleh itu, semua pengguna termasuk yang bukan Islam mendapat manfaat jaminan kebersihan dan ketulenan di samping persijilan halal produk-produk farmaseutikal tersebut yang dipersijilkan halal.
Komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam mengeluarkan produk-produk farmaseutikal bermutu tinggi membuktikan kemampuan Duopharma Biotech dengan merangkul Anugerah Syarikat Farmaseutikal Halal Terbaik di Majlis Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia.
Sejak tahun 1998, kilang-kilang Duopharma Biotech mematuhi kriteria dan piawaian halal yang ditetapkan oleh pihak yang berwibawa.
- Posted by halal4admin
- On April 22, 2021
- 0 Comment