Pensijilan Halal Malaysia

Pensijilan Halal Malaysia

Ekosistem Halal Malaysia adalah amat menyeluruh dan mempunyai hubungan yang rapat antara pihak kerajaan, pemain industri dan pengguna. Ekosistem Halal Malaysia dibangunkan berdasarkan kepada model kerajaan yang berintegriti dengan kerangka pembangunan industri yang kukuh.

Integriti Halal adalah dibawah bidang tugas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang juga bertanggungjawab kepada Pensijilan Halal Malaysia. Pada masa sekarang, terdapat sembilan (9) pensijilan telah dikeluarkan dan salah satu adalah pensijilan farmaseutikal.

Pensijilan farmaseutikal adalah untuk produk farmaseutikal dalam bentuk dos siap termasuk produk ubat-ubatan preskripsi dan bukan preskripsi yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kegunaan pengguna.

Pembangunan Pensijilan Halal Malaysia adalah ketat dan berpandukan kepada;

  1. Standard Malaysia
  2. Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Semakan Ketiga) 2014
  3. Undang-undang & Peraturan
  4. Fatwa
  5. Sistem Pengurusan Halal Malaysia
  6. Pekeliling Kerajaan

Produk farmaseutikal yang layak untuk mendapat Pensijilan Halal adalah seperti berikut:

  • Produk racun berjadual
  • Produk bukan racun berjadual (Over-the-counter)
  • Produk suplemen kesihatan
  • Produk semulajadi (ubat-ubatan tradisional dan komplementari)

Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2020

Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS 2020) ini diperkenalkan untuk menggantikan Guidelines for Halal Assurance Management System of Malaysia Halal Certification. MHMS 2020 ini mengandungi perincian bagi pelaksanaan yang meliputi:

  • Sistem Kawalan Halal Dalaman (IHCS) bagi kegunaan industri kecil dan mikro; dan
  • Sistem Jaminan Halal (HAS) bagi kegunaan industri besar dan sederhana.

Pelaksanaan MHMS ini adalah betujuan untuk memberi nilai tambah kepada polisi pembangunan sosioekonomi yang sedia ada. Walaupun Akta Perdagangan dilaksanakan untuk melindungi kepentingan pengguna, namun pelaksanaan MHMS 2020 adalah tanggungjawab kepada syarikat dan/atau pemohon untuk memastikan segala keperluan Pensijilan Halal Malaysia dipatuhi sepanjang masa.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pensijilan halal

Layari laman web Halal JAKIM: www.halal.gov.my
Klik Sini
  • Posted by halal4admin
  • On April 16, 2015
  • 0 Comment