Produk Halal Kami

Berapa ramaikah antara kita yang memasuki farmasi lalu berdiri merenung deretan ubat dan produk kesihatan yang tersusun di atas rak? Kini terdapat banyak pilihan yang mampu memenuhi keperluan kita. Tetapi, di antara soalan yang mungkin membuat kita tertanya ialah “Adakah ubat ini halal ataupun tidak?”

Memandangkan halal semakin berkembang dan ramai pengguna Islam menyedari hak mereka untuk memperoleh produk halal, logo halal telah dibenarkan pada label produk farmaseutikal halal berdaftar di bawah kategori produk bukan racun (Over-The-Counter, OTC), produk herba dan tradisional sejak 2013. Hanya logo halal yang dikeluarkan dan diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diterimapakai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kesan dan permintaan untuk ubat-ubatan halal juga semakin ketara lalu pada tahun 2017, JAKIM telah memperkenalkan Pensijilan Halal pertama di dunia untuk ubat terkawal atau memerlukan preskripsi daripada doktor.

Tidak seperti produk OTC, logo halal tidak dibenarkan pada label ubat-ubatan terkawal. Oleh yang demikian, pengguna atau pesakit boleh bertanya dengan doktor, ahli farmasi, dan penjaga kesihatan sekiranya ubat yang dipreskripsikan kepada anda mempunyai jaminan halal ataupun tidak. Pengamal penjagaan kesihatan akan mempreskripsikan ubat yang terbaik kepada pesakit dan mengambil kira keperluan diet pesakit Islam.

Pengguna boleh juga menyemak status halal mana-mana produk farmaseutikal di pasaran, melalui laman sesawang www.halal.gov.my; atau aplikasi SmartHalal. Kedua-dua platform tersebut adalah dibawah pengurusan JAKIM; oleh itu, pengesahan status halal adalah tepat.

Sila klik di sini untuk produk halal kami

Klik Sini