Standard Malaysia Farmaseutikal Halal

Mana-mana syarikat pengeluar yang mahu membuat dan mengedarkan farmaseutikal halal di Malaysia mestilah membuat rujukan dan mematuhi segala keperluan yang telah dinyatakan di dalam Standard Malaysia Mengenai Farmaseutikal Halal, MS 2424:2019.
Keperluan ini telah ditetapkan oleh Garis Panduan GMP, Pharmaceutical Inspection Co-operation Scheme (PIC/s) dan lampiran-lampirannya adalah sebahagian daripada MS 2424.
Di Malaysia, pematuhan kepada PIC/S ini adalah dibawah bidang kuasa pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Setiap syarikat adalah layak untuk mendapatkan sijil halal Malaysia setelah pendaftaran produk telah diluluskan oleh pihak NPRA.
- Posted by halal4admin
- On April 15, 2015
- 0 Comment