Ahli Lembaga Pengarah Duopharma Biotech telah menubuhkan Jawatankuasa Halal dan Kelestarian bagi mengawal selia keseluruhan tadbir urus Agenda Farmaseutikal Halal syarikat.
Agenda ini melibatkan inisiatif pada seluruh rantaian nilai perniagaan syarikat, bermula dari nilai kefahaman dan kepimpinan dalam bidang halal, memperkukuhkan sumber dan keupayaan, menerajui pensijilan halal, penyelidikan & pembangunan (R&D), sehingga meluaskan segmen pasaran farmaseutikal halal.
Tugas Jawatankuasa ini juga termasuk memberikan pandangan bebas dan mengesyorkan campur tangan berkaitan mengenai keberkesanan dan kecekapan inisiatif halal Kumpulan Syarikat yang membolehkan Kumpulan Syarikat mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri farmaseutikal halal.