Tadbir Urus Halal Kami

Pada awal tahun 2018, satu Jawatankuasa Halal telah ditubuhkan di peringkat Lembaga Pengarah Duopharma Biotech bagi mengawal selia keseluruhan tadbir urus Agenda Farmaseutikal Halal syarikat. Agenda ini melibatkan inisiatif pada seluruh rantaian nilai perniagaan syarikat, bermula dari nilai kefahaman dan kepimpinan dalam bidang halal, memperkukuhkan sumber dan keupayaan, menerajui pensijilan halal, penyelidikan & pembangunan (R&D), sehingga meluaskan segmen pasaran farmaseutikal halal. Tugas Jawatankuasa ini juga termasuk memberikan pandangan bebas dan mengesyorkan campur tangan berkaitan mengenai keberkesanan dan kecekapan inisiatif halal Kumpulan syarikat yang membolehkan Kumpulan syarikat mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri farmaseutikal halal.

“Tadbir Urus yang baik, Etika dan Integriti sentiasa menjadi keutamaan bagi kami di Duopharma Biotech.

Kami percaya bahawa farmaseutikal halal tidak terletak hanya pada penghasilan produk yang halal tetapi melangkaui dimensi etika dan moral Syariah dalam menjalankan perniagaan bagi memenuhi keperluan pengguna.

Kejayaan Duopharma Biotech selama ini adalah melalui semangat, komitmen dan dedikasi oleh semua pekerja, didorong oleh pasukan pengurusan berpengalaman dan bersandarkan nilai-nilai kukuh dan komitmen terhadap amalan lestari seperti yang ditetapkan oleh ahli Lembaga Pengarah.”

YBhg. Tan Sri Siti Sa’diah Sh Bakir
Pengerusi, Duopharma Biotech Berhad

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Jawatankuasa Halal

Klik Sini